Monday, November 30, 2009

Perlembagaan

FASAL 1 : NAMA DAN FUNGSI

1.1~Pertubuhan ini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat atau ringkasnya KEADILAN
1.2~Kongres Nasional adalah badan tertinggi dalam Parti dengan kuasa untuk menentukan perjalanan dan arah Parti.
1.3~Diantara kongres Nasional Tahunan, Majlis Pimpinan Pusat adalah badan yang tertinggi dalam Parti untuk membuat semua keputusan dan menentukan perjalanan dan arah Parti.
1.4~Majlis Pimpinan Negeri adalah badan tertinggi dan pentadbir jentera Parti diperingkat Negeri dan Wilayah Persekutuan seluruh Malaysia.
1.5~Cabang adalah badan tertinggi dan pentadbir Parti dalam satu-satu kawasan Pilihanraya Parlimen.


FASAL 2 : PEJABAT BERDAFTAR

2.1~Pejabat berdaftar Parti ialah di :

A-1-09, Merchant Square
Jalan Tropicana Selatan 1
47401 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

Atau mana-mana tempat yang ditentukan oleh Majlis Pimpinan Pusat dari masa ke semasa yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 : MOTTO PERJUANGAN

3.1~Keadilan untuk semua.


FASAL 4 : BENDERA DAN LAMBANG



4.1~Bendera Parti berupa segi empat tidak sama yang berwarna biru langit (Sky Blue) beserta lajur warna merah dikiri dan kanan. Ditengah-tengah segiempat terdapat sfera berwarna putih dan ditengah-tengah sfera itu terdapat satu bulatan penuh yang berwarna biru langit membentuk lambang mata yang terbuka.

Mata yang terbuka adalah cahaya yang menyuluh perjuangan untuk menegakkan keadilan. Mata yang terbuka mencerminkan mata hati nurani yang mendorong Parti untuk mencapai perubahan kearah kebenaran dan keadilan.

Lajur merah dikiri dan kanan segiempat tidak sama melambangkan keberanian dan komitmen memperjuangkan kebenaran dan keadilan.




4.2~Lambang Parti juga adalah sama seperti bendera dan ditambah dengan perkataan Parti Keadilan Rakyat dibawahnya.

0 comments:

Post a Comment