Monday, November 30, 2009

Logo korporat AMK

LOGO KORPORAT



1. PERKATAAN AMK.
Melambangkan semangat perjuangan penggerak AMK dalam membela generasi muda.

2. WARNA LOGO.
Biru muda melambangkan keikhlasan perjuangan AMKPP, Merah pula melambangkan semarak perjuanagan anak muda dan Emas pula adalah lambang visi kecemerlangan khidmat AMKPP kepada Rakyat dan Generasi Muda.

3. BULAN SABIT.
Diambil dari tema logo KEADILAN. Ada 5 kesemuanya, melambangkan 5 teras pencapaian yang disasarkan oleh AMKPP.

Bulan Sabit berwarna Biru Muda.
Melambangkan perjuangan AMKPP di bumi Pulau Pinang.

3 Bulan Sabit berwarna Merah.
Melambangkan semangat arus perjuangan anak muda dalam membela rakyat dan warna pelangi pula adalah warna keceriaan anak muda.

Bulan Sabit Berwarna Emas.
Melambangkan cita-cita kecemerlangan dan juga sinar harapan baru buat Rakyat Pulau Pinang.

Perlembagaan

FASAL 1 : NAMA DAN FUNGSI

1.1~Pertubuhan ini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat atau ringkasnya KEADILAN
1.2~Kongres Nasional adalah badan tertinggi dalam Parti dengan kuasa untuk menentukan perjalanan dan arah Parti.
1.3~Diantara kongres Nasional Tahunan, Majlis Pimpinan Pusat adalah badan yang tertinggi dalam Parti untuk membuat semua keputusan dan menentukan perjalanan dan arah Parti.
1.4~Majlis Pimpinan Negeri adalah badan tertinggi dan pentadbir jentera Parti diperingkat Negeri dan Wilayah Persekutuan seluruh Malaysia.
1.5~Cabang adalah badan tertinggi dan pentadbir Parti dalam satu-satu kawasan Pilihanraya Parlimen.


FASAL 2 : PEJABAT BERDAFTAR

2.1~Pejabat berdaftar Parti ialah di :

A-1-09, Merchant Square
Jalan Tropicana Selatan 1
47401 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

Atau mana-mana tempat yang ditentukan oleh Majlis Pimpinan Pusat dari masa ke semasa yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 : MOTTO PERJUANGAN

3.1~Keadilan untuk semua.


FASAL 4 : BENDERA DAN LAMBANG



4.1~Bendera Parti berupa segi empat tidak sama yang berwarna biru langit (Sky Blue) beserta lajur warna merah dikiri dan kanan. Ditengah-tengah segiempat terdapat sfera berwarna putih dan ditengah-tengah sfera itu terdapat satu bulatan penuh yang berwarna biru langit membentuk lambang mata yang terbuka.

Mata yang terbuka adalah cahaya yang menyuluh perjuangan untuk menegakkan keadilan. Mata yang terbuka mencerminkan mata hati nurani yang mendorong Parti untuk mencapai perubahan kearah kebenaran dan keadilan.

Lajur merah dikiri dan kanan segiempat tidak sama melambangkan keberanian dan komitmen memperjuangkan kebenaran dan keadilan.




4.2~Lambang Parti juga adalah sama seperti bendera dan ditambah dengan perkataan Parti Keadilan Rakyat dibawahnya.

Saturday, November 28, 2009

Rombakan Kepimpinan Keadilan dan Masa Depan Parti

Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.

Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya.

Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.

Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.

Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah.

Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.


WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat


Moderator AMK Permatang Pauh